ABOUT BCWM


 COMMIITTEE

President MCF 2008-2011

BCWM Committee Members 2010/2011


1. Menjadi sebuah Biro Catur Wanita yang aktif dan berjaya di Malaysia dan ASEAN.
VISI BIRO CATUR WANITA (MCF)
2. Untuk menggalak dan meningkatkan penyertaan kaum wanita di Malaysia di dalam sukan catur, melalui program-program pengenalan dan pembelajaran catur secara terus di sekolah, kelab rekreasi, persatuan, ataupun melalui laman web dan media massa.
 

3. Untuk membentuk dan mewujudkan pemain catur wanita bertaraf anatrabangsa melalui program pembangunan berterusan dan penyertaan di dalam pertandingan catur peringkat tempatan dan antarabangsa yang mendapat pengiktirafan MCF dan FIDE.

4. Untuk menghasilkan pegawai catur wanita bertauliah (arbiter, jurulatih dan penganjur kejohanan) di peringkat tempatan dan antarabangsa melalui program latihan yang di iktiraf oleh MCF dan FIDE.

5. Untuk mendapatkan sumber kewangan yang cukup bagi membiayai aktiviti persatuan melalui penajaan atau sumbangan dan projek aktiviti perniagaan Biro Wanita.



MATLAMAT : Perancangan Aktiviti - 5 Tahun (2010 -2015)

1. Untuk menambah jumlah keahlian sekurang-kurangnya 100 setahun melalui program ‘Permata Catur’ dan kempen keahlian.

2. Untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 2 pemain wanita bertaraf WFM dan seorang bertaraf WIM di Malaysia dalam tempoh 5 tahun.

3. Untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 8 pegawai catur bertauliah (arbiter, jurulatih, penganjur kejohanan) di peringkat tempatan dan 2 di peringkat antrabangsa.



PEMBENTUKAN BIRO CATUR WANITA (MCF)

April 2007 : Idea Awal

2 Kursus Kejurulatihan dan Kursus Teknikal Catur Wanita telah diadakan di Pusat Belia & Sukan, Puchong Selangor oleh MSN/MCF. Seramai 25 orang wanita telah hadir daripada seluruh negeri. Dr. Sharmala wakil daripada MSN telah memberi khursus kesedaran untuk mewujudkan satu komuniti wanita dikalangan guru mahupun ibu yang boleh membantu meningkatkan atlit sukan catur.

 
Ogos 2007: Sukan Wanita Ke-2

Seramai 500 pemain wanita telah menyertai kejohanan catur yang dianjurkan oleh Women Sport Fitness of Foundation (WSFFM) di Dewan Komenwel Bukit Jalil dan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’ Azalina Othman telah hadir semasa perasmian & pemyampaian hadiah.

April 2009: Pembentukan Penaja Persatuan Catur Wanita Malaysia (PCWM)AJK Asal
Presiden: Tengku Naizatul Shima
Setiausaha Kehormat: Haslindah Bt. Ruslan
Penolong Setiausaha: Zazaluma Bt. Harun
Bendahari: Roslina Bt. Marmono
AJK: Suffiah Bt. Muhammad
AJK Eliza Hanum Bt. Ibrahim
AJK: Zuraiha Bt. Wazir
AJK: Rosimah Bt. Mohamad
AJK: Eliza Hanim Bt. Ibrahim
AJK: Ester Leong Yin Foong
AJK: Nazuha Bt. Arshad
AJK Norlida Bt. Sidek
(Penasihat: Hj Ibrahim Bakar, Timbalan Presiden MCF)

Julai 2009 : Permohonan baru ke Pesuruhjaya Sukan (COS)

Ogos 2009: Konsep 1 Malaysia

Perubahan pada Akta Perlembagaan Pesuruhjaya Sukan (COS) dimana semua badan sukan telah diselaraskan. Semua persatuan sukan wanita akan diserapkan di dalam sukan induk masing-masing.

Disember 2009: Satu usul telah dicadangkan di Mesyuarat Agung MCF untuk mewujudkan satu biro yang menjaga hal ehwal dan pembangunan catur wanita di Malaysia dan telah disokong oleh ahli mesyuarat yang hadir. Usul telah dibuat bagi mewujudkan 1 Jawatan Naib Presiden tetap yang dikhaskan untuk wanita. Mesyuarat juga mencadangkan setiap ahli gabungan MCF dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya 1 wakil wanita sebagai ahli jawatankuasa tetap.

Julai 2010: Pesuruhjaya Sukan (COS) telah meluluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Catur Malaysia (MCF)

Ogos 2010: Perlantikan Naib Presiden Biro Wanita
Presiden MCF Tan Sri Ramli Ngah Talib telah melantik Pn Haslindah Ruslan untuk menerajui Biro Catur Wanita MCF.

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk: 20102011 
/
...


LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post